Sesuai untuk di sajikan di masa minum petang.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mini apple pie

Sesuai untuk di sajikan di masa minum petang.

BAHAN-BAHAN

  • 1 kotak puff pastry (di dalam ada 10 keping)
  • 6-7 biji epel, jenis untuk di masak seperti Gautronet
  • 120g gula perang
  • 50g butter, tambah sedikit untuk sapu di tin pie
  • 50g kismis
  • 2 sudu besar hirisan almond
  • 1 biji lemon, ambil juice dan parutan kulit
  • 1 sudu besar serbuk kayu manis
  • 1/4 sudu kecil serbuk buah pala
CARA PENYEDIAAN
  • Puff pastry hendaklah di keluarkan dan biar di suhu bilik.
  • Untuk membuat isi epel, kupaskan kulit epel dan potong dadu sebesar ibu jari. Masukkan juice lemon dan gaulkan. Ini untuk megelakkan isi epel menjadi kecoklatan.
  • Masukkan parutan kulit lemon, serbuk kayu manis, serbut buah pala dan gula ke dalam epel tadi. Gaul sebati.
  • Panaskan butter di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang sudah digaul di atas. Masak seketika tetapi jangan sampai epel tu menjadi lodoh. Epelnya mesti nampak berdadu-dadu. Angkat dan sejukkan sebelum di gunakan.
  • Ambil sedikit butter dan sapu di permukaan tin pie (yang mini). Kemudian, ambil sekeping puff pastry dan letakkan di permukaan tin pie. Tekan puff pastry di bawah dan juga di tepi tin pie tadi. Buang lebihan puff pastry.
  • Ambil sedikit isi epel yang sudah sejik tadi di atas tin pie yang sudah di isi puff pastry. Ratakan sedikit. Ambil sekeping lagi puff pastry dan potong memanjang untuk di hias di atas supaya menjadi seperti lilitan bakul.
  • Sapukan sedikit kuning telur di atas dan bakar di dalam oven yang sudah di panaskan ke 220 degress celsius. Bakar selama 25-30 minit.
  • Keluarkan epel tart dari bekas tin pie dan sejukkan di atas grid.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN