Sesuai untuk pencuci mulut.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mil Crepe

Sesuai untuk pencuci mulut.

BAHAN-BAHAN

  • 45g mentega-dicairkan
  • 3 biji telur
  • 60g gula halus
  • 450ml susu segar
  • 195g tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • * 200ml krim segar
  • *1 sudu besar gula halus
  • *80g krim keju-suhu bilik
  • *Jem aprikot secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan ke dalam mangkuk telur, gula dan susu. Pukul dengan perlahan-lahan.
  • Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung ke dalam no.1. Kacau dan masukkan pula mentega yang telah dicairkan. Lepas tu masukkan pula ke dalam pengisar. Kisar sehingga tak nampak tepung yang berketul-ketul. Simpan adunan dalam peti ais selama 1/2 jam.
  • Sementara tu, sediakan krim. Pukul krim segar dengan gula sehingga pekat. Masukkan pula krim keju, pukul sehingga keras.
  • Keluarkan adunan dari peti ais, biarkan berada di suhu bilik lebih kurang 10 minit.
  • Sapukan minyka pada kuali (kalau guna kuali jenis tak melekat tak payah sapu minyak). Ambik satu senduk kecik dan tuangkan ke dalam kuali. Buat macam bentuk lempeng. Buat senipis yang boleh. Lagi nipis lagi sedap.
  • Bila crepe dah siap dan sejuk. Buatlah lapisan crepe -> krim -> crepe -> jem -> crepe.. dan seterusnya.
  • Bungkus dengan sling film dan simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dipotong. Dalam gambar ni saya potong 2 sebelum disimpan sebab peti ais tak muat..hehehe ;)

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN