Bagaimana cara nak masak Mihun Ladna?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mihun Ladna

Bagaimana cara nak masak Mihun Ladna?

BAHAN-BAHAN

  • 300 g mihun (Direndam dan tuskan) 
  • 1 sudu makan kicap cair 
  • 3 biji bawang merah (Dicencang)
  • 2 ulas bawang putih (Dicencang)
  • 1 sudu teh lada hitam kisar 
  • 100 g isi ayam (Dihiris nipis) 
  • 100 g udang 
  • 1 cawan air 
  • 2 sudu makan sos tiram 
  • ½ batang lobak merah (Dipotong kecil)
  • 50 g brokoli   (Dipotong kecil)
  • 50 g bunga kubis   (Dipotong kecil)
  • 1 sudu makan tepung jagung (Dibancuh ½ cawan air) 
  • 1 pokok daun bawang (Dicencang kasar) 
  • 1 sudu makan bawang goreng 
  • 4 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali dan masukkan mihun 
      bersama kicap. Gaulkan sehingga rata dan masukkan ke dalam 
      pinggan. Ketepikan. 
    2. Panaskan minyak masak lagi dan tumiskan bawang merah, bawang 
      putih, dan lada hitam sehingga wangi. 
    3. Masukkan ayam dan udang. Kacau rata. 
    4. Masukkan air, sos tiram, dan garam. Kacau rata dan biarkan mendidih. 
    5. Masukkan lobak merah, brokoli dan bunga kubis. Biarkan lembut 
      seketika. 
    6. Masukkan air bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga agak pekat. 
    7. Tuangkan ke dalam pinggan berisi mihun tadi. Taburkan daun 
      bawang dan bawang goreng di atasnya. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN