Resipi mudah dan sedap.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mi Goreng Sanggul Sempoi

Resipi mudah dan sedap.

BAHAN-BAHAN

  • Lada kering – ikut citarasa sendiri, suka pedas bolehlah dilebihkan
  • Bawang besar dan bawang putih – dikisar bersama lada kering
  • Sayur sawi, daging, udang dan kek ikan
  • Sedikit kicap – saya pakai kicap masin saja
  • Garam dan serbuk perasa
  • 1 peket mi Cintan sanggul
CARA PENYEDIAAN
  • Mi sanggul direbus dulu bersama air panas – bila sudah kembang (jangan terlalu kembang), toskan dan dicurahkan dengan air sejuk, ini untuk menghilangkan kanji pada mi tadi.
  • Cara-caranya sama seperti kite menggoreng mi yang lain.
  • Lada kisar ditumis sehingga sedikit garing.
  • Sudah garing, masukkan sedikit kicap dan kacau rata.
  • Masukkan daging, bila daging sudah empuk, masukkan udang, kek ikan dan akhir sekali masukkan sayur. Saya selalunya masukkan perasa dan garam setelah masukkan daging, biar semua sebati.
  • Bila semua sebati, bolehlah kite masukkkan mi sanggul yang telah direbus tadi, golek-golekkan biar sebati dan diangkat.
  • Untuk peringatan – bila menumis bahan-bahan tadi jangan terlalu banyak air, nanti mi jadi lembik, biar kekeringan sedikit supaya nanti apabila siap menggoreng, mi nampak cantik dan sedap.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN