resepi kegemaran saya sekeluarga

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mee sup tulang

resepi kegemaran saya sekeluarga

BAHAN-BAHAN

  • 1 kilo tulang dan 1/2 kilo daging
  • 1 biji bawang besar (kisar)
  • 5 biji bawang putih (kisar)
  • 3 inci halia (kisar)
  • 1 inci halia, 1 biji bawang putih , 4 biji bawang merah (dimayang halus)
  • 3 sudu besar rempah sup
  • 2 inci lengkuas ( diketuk sekali saje)
  • 6 biji bawang merah (dibuat bawang goreng)
  • 1 paket sup bunjut tulang
  • 2 batang daun sup (ambik bhgn bawah, sekali dengan akar, cuci bersih)
  • 3 biji kentang
  • air
  • mee kuning, taugeh, daun sup dan bawang
  • garam secukupnya
  • minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • tumis bahan yg dimayang sehingga naik bau, kemudian masukkan bahan2 sup bunjut dan bahan2 kisar. kacau rata hingga bahan2 kekuningan
  • kemudian bancuh rempah sup dengan sedikit air dan tumis bahan hingga keluar minyak
  • masukkan tulang dan daging, masak hingga tulang keluar air dan hilang warna darahnya
  • keluarkan sup bunjut tadi, kemudian buka ikatan sup, dan masuk dalam blender. isi penuh air dan blend. kemudian tapis, dan masukkan dalam periuk. buat sebanyak 3 kali
  • masukkan kentang, lengkuas dan batang daun sup
  • tambah lagi air secukupnya dan biar ia masak selama 2 jam
  • bila daging dah empuk baru masukkan garam.( kalau masuk garam awal2 nanti dia tak boleh lembut)
  • tutup api dan taburkan bawang goreng
  • boleh lah dihidang dengan mee, taugeh dan daun sup dan bawang.
  • untuk sos kicap. 15 biji cili dan1 biji bawang putih di blend. kemudian isi kicap lemak manis.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN