Resepi paling senang. Sesuai untuk anak-anak yang tidak pedas.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

1jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mee Sup Ikan Bilis

Resepi paling senang. Sesuai untuk anak-anak yang tidak pedas.

BAHAN-BAHAN

  • rm1 ikan bilis (lagi banyak lagi sedap)
  • fish ball dan fish cake secukupnya
  • 6 ulas bawang putih diketuk
  • 3 biji bawang merah dihiris
  • sawi, taugeh, carrot
  • 1 paket mee kuning
  • telur atau telur rebus
  • minyak
  • cili kicap untuk dimakan bersama mee
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan ikan bilis di dalam periuk bersama air secukupnya dan rebus hingga mendidih. Angkat dan tapiskan, simpan airnya untuk kuah mee.
  • Panaskan minyak, tumis bawang-bawang hingga naik bau. masukkan fishcake dan fish ball. Masukkan stok ikan bilis tadi.
  • Masukkan sayur- sayuran. Masukkan garam jika perlu dan pecahkan telur jika suka (saya tidak isi, makan dengan telur rebus)
  • Masukkan mee atau boleh juga dimasukkan kemudian bila nak makan, tapi celurkan mee terlebih dahulu.
  • Hidangkan bersama cili kicap (bagi mereka yang nak pedas atau yang tidak suka pedas, boleh sediakan kicap manis 1/2 mangkuk kecil, titikkan minyak bijan dan makan bersama mee).

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN