suka makan ni utk bfast atau bila tgh2 malam dah kebuluran.. sape2 suka makan megi goreng kedai mamak tu.. selamat mencuba la ye
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Mee Segera Goreng
suka makan ni utk bfast atau bila tgh2 malam dah kebuluran.. sape2 suka makan megi goreng kedai mamak tu.. selamat mencuba la ye
BAHAN-BAHAN
- sebungkus mee segera (jenama Maggi perasa kari) direndam bagi kembang
- 5 ekor udang besar
- sebiji bawang merah (cincangkan)
- seulas bwg putih (cincangkan)
- 3 biji cili padi
- 5 keping lobak merah (dipotong bulat)
- 2 pokok sawi bunga (dipotong)
- sebiji telur
- 1 sudu makan minyak masak
- 1 sudu makan kicap manis
CARA PENYEDIAAN
- Masak air panas sampai mendidih, rendamkan mee segera. Untuk resipi ni saya guna mee segera jenama Maggi perasa kari.
- Cincangkan bawang putih dan bawang merah. Ketuk juga cili padi yg 3 biji tadi
- Panaskan kuali dan minyak masak. Tumis bawang yg dicincang dan juga cili padi.
- Masukkan udang yang telah dibersihkan, lobak merah dan batang sawi tadi. goreng sekejap. Bila udang separuh masak, masukkan pula perencah kari tadi.
- Pecahkan telur ke dalam kuali dan biarkan masak sambil digaul sesekali. Masukkan mee segera yg telah direndam tadi dan juga daun sawi. balik2 kan dan siap dihidangkan
- p/s:- dah x yah letak garam sebab perencah tu dah cukup masin bagi saya la… kalau x cukup masin tambah la ye
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.