Mee rebus udang ala Singapura sesuai untuk jamuan dan rumah terbuka.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mee Rebus Udang

Mee rebus udang ala Singapura sesuai untuk jamuan dan rumah terbuka.

BAHAN-BAHAN

  • 500 g mee kuning
  • 2 keping tauhu, digoreng dan dihiris
  • 3 – 4 biji telur rebus, dibelah dua
  • Limau kasturi secukupnya
  • Tauge, dibuang ekor dan dicelur
  • 2 – 3 kelopak salad kubis, dihiris halus
  • Hirisan cili hijau dan merah
  • Bawang goreng dan hirisan daun sup/bawang
  • 250 g udang sederhana besar
  • Bahan-bahan kuah:
  • 3 ulas bawang putih*
  • 6 biji bawang merah kecil*
  • 1/2 cm halia*
  • 2 camca besar udang kering, direndam 10 minit dan toskan*
  • 2 camca besar taucu, dicuci dan toskan*(*dikisar halus)
  • 2 camca besar rempah kari ikan, dibancuh dengan sedikit air
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 inci lengkuas, dititik
  • 3 biji kentang, direbus hingga empuk dan dilecek halus
  • 1 camca besar tepung gandum,dibancuh dgn sedikit air (jika suka)
  • 1 biji tomato, dibelah empat
CARA PENYEDIAAN
  • Cuci udang, kupas kulitnya dan asingkan isinya. Dalam periuk tuang sedikit minyak dan goreng kulit udang hingga kemerahan. Tuang air (anggaran 1.5 liter), masukkan belahan bawang besar, dan lobak merah (jika ada). Renih 30 minit untuk mendapatkan stok udang. Buang kotoran yang timbul (seakan buih bewarna merah ketika mendidih atau dipanggil “scum”). Ketepikan.
  • Dalam periuk lain, tuang 1/2 cawan minyak masak, goreng udang yang telah dikopek selama seminit. Angkat dan toskan. Dengan minyak yang sama masukkan serai dan lengkuas diikuti bahan kisar dan rempah kari. Tumis hingga terbit minyak.
  • Tuangkan air rebusan udang, kentang lecek dan belahan tomato. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak hingga kuah pekat. Boleh dimasukkan bancuhan tepung gandum jika kuah kurang pekat. Angkat dan boleh dihidangkan bersama mee. (Kuah bergantung pada keperluan masing-masing).
  • Menghidang: Celur mee dan masukkan ke dalam mangkuk, susun tauhu dan tauge. Tuang kuah hingga 3/4 penuh. Hias dengan telur rebus, hirisan salad kubis, hirisan cili hijau/merah, udang yang telah digoreng tadi, bawang goreng, daun sup/bawang dan belahan limau kasturi (boleh juga dengan carikkan daging ayam)… Bolehlah dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN