Resepi mee kolok dari Sarawak

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mee Kolok Mukah (basah)

Resepi mee kolok dari Sarawak

BAHAN-BAHAN

  • 1 gulung mee kering (mee sanggul/yee mee)
  • 3 ulas bawang putih (mayang)
  • 2 sudu besar minyak
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 4 helai daun sawi (potong 1 inci)
  • 1/2 cawan daging / ayam rebus (rebus dgn 1 ketul kiub ayam maggi)
  • 3 cawan air rebusan daging/ ayam
  • 1/2 labu bawang besar (potong berbaji halus)
  • Garam , gula, lada sulah dan ajinomoto secukup rasa
  • HIASAN – Daun bawang dan bawang goreng secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak.Tumis bawang putih hingga naik bau.Masukkan bawang besar.Kacau seketika hingga layu.Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair dan air rebusan daging/ayam.
  • Masukkan mee.Biarkan sedikit lembut.Masukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.Kacau seketika.Masukkan sawi, daging/ayam rebus (yang telah dipotong nipis).Masak hingga mee lembut sedikit dan sawi layu.
  • Angkat dan hidang segera.Hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng. Tambahkan lada sulah jika suka.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN