resepi from my mom..Pn.Sawiyah tapi i tambah2 sikit.My hubby fav..tertelan air liur katanya!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mee Kari Kerang

resepi from my mom..Pn.Sawiyah tapi i tambah2 sikit.My hubby fav..tertelan air liur katanya!

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket mi kuning-basuh&celur
  • 1 paket kecil pati santan-santan kotak&santan serbuk boleh juga
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 3 sudu besar lada kisar-boleh kurang kalau x mahu pedas
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit air asam jawa
  • 1/2kg udang-ikut suka nak byk atau sikit (buang kulit)
  • 1kg kerang-ikut suka nak byk atau sikit(rebus&ambil isi)
  • 2 keping fishcake-dipotong
  • 1 paket fishball-ikut suka potong/tidak
  • 1 ikat sayur sawi-dipotong,basuh&celur
  • 200gram Taugeh-basuh&celur
  • 1 batang bunga kantan-belah dua/empat(kalau x ada x sedap)
  • 2 biji telur-direbus,kupas&potong 2 atau 4
  • 2 ulas bawang kecil-ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih-ditumbuk
  • Sedikit halia-ditumbuk
  • Minyak-untuk tumis
  • Garam-secukup rasa
  • Air masak
  • 2 keping tauhu goreng-x ada x apa
  • 1 paket tauhu kering-dipotong dua
  • Daun sup&bawang goreng-hiasan
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan periuk dengan sedikit minyak masak.
  • Tumiskan bawang kecil,putih&halia.
  • Gaul rempah kari&lada kisar dgn sedikit air sehingga sebati&tumis sekali dgn bawang serta halia tadi.
  • Sesudah agak naik minyak&masak lada serta rempah tadi,masukkan air asam jawa serta garam.
  • Masukkan fishcake&fishball.
  • Masukkan pati santan,air&bunga kantan.
  • Masukkan tauhu kering,tauhu goreng&udang.
  • Masukkan isi kerang.
  • Siap untuk dihidang.
  • Selepas mi diisi dgn kuah kari,boleh hiaskan dgn sawi&tauge yg telah dicelur diatasnya.Hias juga dgn daun sup&bawang goreng.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN