sdaramara & shbat hndai yg nk dtg ke rmh, bila ditanya apa yg ingin dimkn.. slalunyer minta mee jawa ni lah. ntah berapa kali akk kne buat di bln syawal.kira mcm trade mark akk la..hehe..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

mee jawa kakbesah

sdaramara & shbat hndai yg nk dtg ke rmh, bila ditanya apa yg ingin dimkn.. slalunyer minta mee jawa ni lah. ntah berapa kali akk kne buat di bln syawal.kira mcm trade mark akk la..hehe..

BAHAN-BAHAN

  • 35-40 tangkai cili kering(ikutlah kepedasan yg diingini)
  • 2 biji bawang besar(jika kecil ltk 3)
  • 1 labu bawang putih (+-10 ulas)
  • halia muda – sebesar ibujari
  • 3 btg serai diketuk (harus saja))
  • *2 sudu mkn jintan manis
  • *1 sudu mkn jintan putih
  • 12 biji buah pelaga (ni wajib)
  • 1/2 kg daging lembu – hiris & rebus empuk. simpan air rebusannya.
  • #1/2 kg udang basah (elok yg besar skit +- jari manis) – buang kulit & kepala
  • #1/2 cwn tepung gandum(50 g)
  • 1/2 sudu mkn asam jawa extra
  • 4 @ 5 sudu mkn mmbukit gula pasir (maaf..memang ltk banyak gula yer..)
  • 3 bungkus mee kuning (1 1/2 kg) – dicelur
  • akseseri cm besa sprti sawi celur, telur rebus,daging rebus, tauhu goreng, tauge, cili potong, hirisan cekodok udang. (sme ni harus je..)
  • bawang goreng & hirisan daun sup (wajib)
  • limau kasturi @ limau nipis(wajib gak)
  • p/s; kalo nk bubuh keledek rebus yg dimesin pon boleh….
CARA PENYEDIAAN
  • blend cili kering(mstilah dh buang bj & cuci kn..), bawang besar, putih & halia.
  • tumbuk jintan2 atau dimesin kering sj – ketepikan.
  • panaskn 2 senduk minyak, tumis cili mesin td brsama serai hingga pecah minyak.
  • then masukkan jintan2 & buah pelaga, tumis sehingga.. hb/ank2/jiran sbelah tanya;”hai, msk ape tu..?” (hingga wangi la..heheh)
  • then masukkan 2 cwn air, biar mendidih dlm 3 minit. terus MATIKAN API. tambahkan 4 cwn air sambil dikacau – biar sejuk dulu.
  • bancuh tepung dgn 3 cwn air, lalu diblend bersama udang hingga halus. udang lebih untung guna yg kasar coz yg kecil, bila dh dibuang kulit skit je dptnyer. kena doble kn timbangannyer plk 9t.. sterusnya campurkn ia bersama bhn yg ditumis td. masukkan juga air rebusan daging. kacau sebati.
  • pasang balik api dapur, sentiasa kacau hingga mendidih. masukkan gula, asam jawa n garam. suaikan rasanya. ia memang agk manis, (x mcm mee kari ,bandung,hailam.) nama pon mee jawa kan…hehe..
  • agk2 lah kepekatannyer yer. tambah air jika pekat sgt. tp, jgn lah terlalu cair plak. utk sukatan di atas, menhasilkan kuah dlm..( jap ek, akk gi ukur dlu..) >>ha, hampir penuh dlm periuk 24 cm, tinggi 20 cm.
  • bila dah mendidih beberapa mnt, bleh lah tutup api. x prlu didihkn lama2 coz, kita akn panaskn lg, setiap kali nk hidangkan.
  • seterusnya.. bubuh mee ke dlm pinggan, tabur bhn2 sampingan, lalu dicurahkan kuahnya panas2. mee ni kena bubuh bawang goreng lebih, baru naik aromanyer. limau msti bubuh utk balancekn manis kuah. kuah mesti belinang/banjir, x bleh lecat2 sje.. ni memang cara menghidangnyer..
  • kuah bleh dibuat banyak & dibekukan dlm freezer. bila nk guna juz didihkan semula.
  • Alhamdulillah.. dgn respini ramai yg order (kuah sj) utk jamuan fmly gathering, open house dll. jg prnah menyediakan kuah utk mjlis kahwin 1000 jmputan. tp.. skarang dh pencen la…hehe..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN