kenangan 1st taim belajar goreng mee masa banjir kat kelantan 1984….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mee goreng berapi.

kenangan 1st taim belajar goreng mee masa banjir kat kelantan 1984….

BAHAN-BAHAN

  • 1 kilogram mee kuning atau 2 bungkus.
  • 8 ulas bawang putih ditumbuk lumat.
  • 3 senduk cili giling.(blender 20 biji cili kering yang pedas-jenis yang mahal)
  • Segengam udang kering.(direndam sekejap dan ditumbuk agak2 lumat)
  • Udang segar, hirisan ayam atau daging, fish cake, fish ball.(kuantiti terpulang pada anda).
  • Secekak sawi segar.(asingkan batang dan daunnya)
  • 2 sudu gula, garam dan serbok perasa jika suka.
CARA PENYEDIAAN
  • Tumislah bawang putih hingga naik baunya.
    Kemudian cili giling ditumis pula lama sedikit.
    Slowkan api biar masak molek cilinya.
    Takut nanti perut pulak yang sakit.
  • Masukan udang kering yang pasti sedap punya. Ayam, udang, daging dan fish cake jangan dilupa. Tutup kuali sekejap biar masak lauknya. Rasa garamnya, serbok perasanya dan taburkan gula.
  • Batang sawi masukan kemudian. Mee yang dah dibasuh sila tuangkan. Digaul mesra belaka api perlahankan. Hei jangan lupa daun sawi pun penyedap hidangan.
  • Siaplah sudah sila nikmati. Sepinggan mee goreng yang amat berapi. Hiaslah dengan timun dan telor mata sapi. Perahkan asam limau nipis jika suka dihati.
  • Sediakan pemadam api dibawah meja. dikhuatiri keluar api bila sendawa. Sangat enak dimakan tika hujan melanda. Sejuk cuaca panas membara dilidah tuan hamba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN