resepi dari masak merah ayam yg biasa buat tukar kepada burung puyuh…sedap juga

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

masak merah burung Puyuh

resepi dari masak merah ayam yg biasa buat tukar kepada burung puyuh…sedap juga

BAHAN-BAHAN

  • 5 ekor burung puyuh diperap dgn garam dan kunyit(belah dua jika sainya besar)
  • Bahan A(dikisar)
  • 10 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, 1 inci halia, 6-10 biji lada kering(blh juga gula cili boh)
  • Bahan2 lain
  • 1 biji carot dipotong mengiring
  • 2 biji cili merah dipotong mengiring
  • 1@2 biji tomato belah 4
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato(blh juga tukar dgn air asam jawa)
  • Garam, gula dan perasa
  • minyak utk menumis dan mengoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Goreng burung puyuh(jangan terlalu garing). Ketepikan
  • Panaskan minyak dalam 2 sudu besar dan tumis bahan A hingga naik bau
  • Masukkan sos tiram , sos tomato, gula dan garam. kacau hingga bahan tersebut garing
  • Masukkan burung, kacau hingga bahan2 yg ditumis itu menyaluti semua burung
  • Kemudian tambah air, carot, cili merah(dlm gambar tu saya guna cili hijau kecil sbb cili merah bessar tak ada). kacau sebati dan tudung kuali sehingga mendidih
  • Setelah mendidih, masukkan perasa dan tomato. kacau lagi dan pelahan kan api. Setelah air hampir kering tutup api dan kacau sekali lagi. Boleh dihidangkan
  • Setiap kali kacau, jangan terlalu lama takut burung hancur. maklumlah buruh puyuhkan kecil
  • P/S :dlm masakan ini blh juga masukan bawang besar di belah 6. Di sini saya tak masukkan sebab saya tak berapa suka bawang besar…..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN