Resepi ciptaan sendiri.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Masak Lemak Ikan Patin Dengan Labu

Resepi ciptaan sendiri.

BAHAN-BAHAN

  • 5 biji cili api.
    3 ulas bawang putih.
    1 inci halia.
    1 inci lengkuas.
    1 batang serai.
    1 inci kunyit hidup.
    (tumbuk bahan diatas sampai lumat).
  • 1 biji kelapa saiz kecil.
    1 ekor Ikan Patin Sungai.
    1 biji labu manis saiz kecil.
    4 keping asam gelugur.
    garam dan gula (jika suka).
    cili hijau atau merah untuk hiasan.
CARA PENYEDIAAN
  • Perah santan dari sebiji kelapa saiz kecil tadi. masukkan kedalam periuk. masukkan bahan yang ditumbuk. biarkan sekejap sambil kacau diatas api kecil. masukkan labu manis dan kacau perlahan lahan(jangan sampai mendidih). masukkan asam gelugur. masukkan ikan patin yang sudah dipotong kecil dan dibasuh sampai hilang hanyir. masukkan sedikit garam dan sedikit gula. kacau perlahan2 diatas api kecil sampai mendidih perlahan. kecilkan api dan biarkan merenih beberapa ketika. potong cili dan taburkan diatas masakan tadi.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN