Resepi ringkas drpd hubby.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

MASAK LEMAK CILI API IKAN PARANG

Resepi ringkas drpd hubby.

BAHAN-BAHAN

  • 2 keping ikan parang
  • 2 mangkuk santan sederhana pekat
  • 4 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 batang serai *
  • 10 biji cili api *
  • 1/2 inci kunyit hidup *
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar lumat semua bahan – bahan yang bertanda *.
  • Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan – bahan yang di kisar tadi sehingga mesra dan naik baunya.
  • Masukkan santan dan pastikan sentiasa mengacaunya untuk mengelakkan kuahnya menjadi berketul – ketul.
  • Apabila mendidih,masukkan ikan, asam keping, garam dan gula. Biarkan mendidih seketika.
  • Apabila kuahnya agak pekat bolehlah di angkat dan di nikmati.
  • Selamat mencuba!..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN