Ringkas, resepi turun temurun (masakan utara kot!)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Masak Jeruk Ikan
Ringkas, resepi turun temurun (masakan utara kot!)
BAHAN-BAHAN
- 3-5 ekor ikan goreng (apa2 aje ikan goreng yg tak habis..baru goreng pun boleh juge..)
- 10 ulas bawang merah – kalau besar belah dua aje..
- 10 ulas bawang putih – kalau besar belah dua.
- 2 inci halia – hilis halus memanjang.
- sedikit biji sawi
- 2 – 3 biji cili merah – belah 2
- 5 sudu cuka makan
- 2 cawan air
- 1/2 sb gula
- garam secukup rasa
- 3 sb minyak untuk menumis
- 1/2 sb jintan manis / jintan besar – tumbuk halus dan ambil airnya.
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak. Masukan bawang merah, putih, biji sawi dan halia. Biar hingga kekuningan.
- Masukkan air, cuka, air jintan manis & gula. Tunggu hingga mendidih.
- Masukkan ikan goreng dan cili merah. Biarkan 5 minit. Masukkan garam. Imbangkan rasa masin, manis & masam.
- Siap..selamat mencuba…!!
- Note: Jeruk ni lebih sedap selepas semalaman sebab semua isi dah sebati dgn cuka..
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.