Resipi daripada ibu tercinta.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Masak Belado Ikan Bilis Dengan Petai
Resipi daripada ibu tercinta.
BAHAN-BAHAN
- Lima genggam ikan bilis – kalau boleh bilis yang siap dipipih (saiz yang besar sedikit baru la sedap)
- Setengah papan petai yang masiih muda – kikiskan sikit kulitnya
- Empat biji bawang kecil(kalau lebih pun tak mengapa)
- Cili kering yang siap dikisar + cili api (kalau nak pedas)
- Asam keping
CARA PENYEDIAAN
- Basuh petai dan ricih (potong) petai yang dikikis tadi secara menyerong dan nipis. Selepas itu, goreng sampai petai hijau tua…(sampai garing). Kemudian asingkan.
- Goreng pula ikan bilis yang sudah dipipih tadi sampai garing… Asingkan juga ;-)
- Tumiskan bawang merah yang siap ditumbuk (jangan terlampau hancur sangat) dengan cili kering yang dah di kisar tadi. Untuk yang tambahkan kepedasan – anda boleh tumbuk cili padi sampai lumat dan tumis sekali.
- Ini yang paling penting. Kecilkan api sekecilnya, biarkan cili yang ditumis tu garing . Boleh tambahkan garam, Ajinomoto dan asam keping. Kalau boleh, buat cili tu kering tapi jangan hangus pula.
- Akhir sekali, boleh tutup api dan gaulkan ikan bilis bersama petai yang kita sudah asingkan tadi.
- Selamat mencuba.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.