Resepi ni ringkas je..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Maggie Goreng Basah
Resepi ni ringkas je..
BAHAN-BAHAN
- Bawang merah-dikisar
- Bawang putih-dikisar
- Cili kering-dikisar
- 1 peket Maggi
- Garam
- Kiub pati ayam Knorr
- Kicap
- Sos tiram
- 3 mangkuk kecil air
- 2 biji telur
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan kuali dengan minyak masak.
- Setelah minyak panas, tumis bawang merah & bawang putih sehingga naik bau.
- Selepas itu, masukkan cili kering yang telah dikisar. (Ikut cita rasa masing-masing)- kalau nak pedas masukkan banyak, kalau tidak boleh dikurangkan.
- Masukkan 2 sudu kicap & 2 sudu sos tiram.
- Tambah 3 mangkuk kecil air.
- Tambahkan 1/2 kiub pati ayam Knorr dan secubit garam.
- Masukkan 1 peket Maggi tanpa perisa lain. Biarkan sehingga kuah menggelegak dan sehingga maggi lembut.
- Setelah maggi lembut dan kuah hampir kering masukkan pula 2 biji telur dan gaul sehingga sebati.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.