Kuih tradisi yang kini mudah dan cepat disediakan…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Lopes Perantau

Kuih tradisi yang kini mudah dan cepat disediakan…

BAHAN-BAHAN

  • 3 cawan beras pulut
  • 3 cawan santan
  • Pewarna hijau
  • Kelapa parut/kelapa kering 1 cawan (secukupnya)
  • Garam
  • 1 biji gula melaka/ 5 sudu besar gula perang
  • 1 1/2 cawan air
  • ***Daun pandan jika ada boleh gantikan pewarna hijau dan masukkan ke dalam air gula
CARA PENYEDIAAN
  • Rendam beras pulut dengan sedikit pewarna hijau selama lebih kurang 1/2 jam atau pulut bertukar warna.
  • Toskan pulut tadi.
  • Masukkan santan dan secubit garam.
  • Kemudian masukkan dalam ketuhar sekurang-kurangnya 15 minit (ikut jenis ketuhar) dan kacau setiap 5 minit untuk pastikan beras dan pulut sebati dan masak.
  • Sediakan ‘cling film’/plastik dan oleskan sedikti marjerin dan letakkan 1/3 bahagian pulut ke atasnya.
  • Gulung pulut tadi dengan padat dan rapi.
  • Sejukkan pulut sebelum dipotong.
  • Setelah sejuk potong lopes ikut ketebalan yang disukai dan gaul dengan kelapa parut yang diletakkan sedikit garam.
  • Untuk air gulanya >>> masak gula bersama air dan tapiskan sebelum dituang ke atas lopes.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN