Ini rahsia mama saya masak lobak putih. seperti yang sedia maklum,lobak putih memang banyak khasiat ttp lobak putih kurang popular kerana baunya yang ‘bacin’ dan rasanya yang sedikit pahit (tp tak sepahit peria). Ramai jugak tidak tahu cara yang betul memasaknya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Lobak putih goreng

Ini rahsia mama saya masak lobak putih. seperti yang sedia maklum,lobak putih memang banyak khasiat ttp lobak putih kurang popular kerana baunya yang ‘bacin’ dan rasanya yang sedikit pahit (tp tak sepahit peria). Ramai jugak tidak tahu cara yang betul memasaknya.

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 ulas bawang besar – dipotong bulat-bulat
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 biji cili merah – dipotong
  • 2 gengam taugeh – dibasuh dan ditos airnya
  • 1/2 batang lobak putih, dibuang kulit luarnya dengan peeler dan dipotong sederhana tebal bulat-bulat.
  • Bahan tambahan : kalau suka, boleh juga campur sedikt ikan bilis atau fish ball kedalamnya
  • Sedikit minyak untuk menggoreng, air (jika mahu) dan garam + gula
CARA PENYEDIAAN
  • Letak sedikit minyak dalam kuali. Biarkan panas sedikit dan masukkan bawang besar + putih dan lobak putih. Guna api sederhana besar. Jika anda ingin tambah ikan bilis atau fish ball, masukkan ikan bilis atau fish ball juga.
  • Gorengkan bahan tadi sehingga lobak putih empuk (warnanya akan bertukar dari putih ke seakan jernih).
    Masukkan cili. Boleh tambah sedikit air jika suka.
  • Goreng sebentar dan masukkan taugeh.
    Kuatkan api dan tambah garam + gula mengikut citarasa anda. Apabila dah masukkan taugeh, jangan goreng terlalu lama kerana taugeh akan layu.
  • Tutup api dan alihkan kedalam bekas.
    Bolehlah dihidangkan.
  • Tips dari mama saya : Jika ingin menggunakan lobak putih dalam apa-apa masakan seperti sayur, sup, gulai ikan etc, anda perlu menggorengnya terlebih dahulu untuk membuang rasa bacinnya.
  • Selamat Mencuba!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN