Biasa makan di rumah rehat dulu-dulu. Masakan Cina.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Lemon Chicken

Biasa makan di rumah rehat dulu-dulu. Masakan Cina.

BAHAN-BAHAN

  • 2 dada ayam – bersihkan dan keringkan
  • Bahan Perapan:
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh minyak bijan
  • Sedikit lada sulah
  • 1 biji telur
  • Bahan Salut:
  • 5 sudu besar tepung
  • 5 sudu besar serbuk roti
  • Bahan Sos:
  • 1 sudu besar sos plum
  • 3 1/2 sudu besar jus lemon
  • 2 sudu besar cuka
  • 4 sudu besar gula
  • 2 sudu teh tepung jagung
  • # Minyak secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Perap ayam dengan bahan perap selama 2 jam atau semalaman. Salut dengan bahan salut dan goreng hingga garing dan kekuningan.
  • Potong-potong ayam dan letak atas pinggan hidangan.
  • Campur semua bahan sos, didihkan hingga pekat. Curah atas ayam tadi dan hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN