Juga masakan bonda. Masa duduk ngan mak kat kampung dulu2 memang selalu masak resepi ni….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Lemak Ikan Tauge Kasar

Juga masakan bonda. Masa duduk ngan mak kat kampung dulu2 memang selalu masak resepi ni….

BAHAN-BAHAN

  • 3 ekor ikan kerisi bersaiz sederhana – dibersih dan dipotong dua
  • 8 tangkai cili kering – rendam dengan air panas selama lebih kurang 5 minit
  • 2 ulas bawang merah – dihiris
  • Sedikit belacan
  • 1 batang serai
  • 1 sudu kecil (rata) serbuk kunyit
  • Garam dan perasa secukupnya
  • 400ml santan pekat (boleh tukar dengan susu segar)
  • 1 keping asam keping / asam gelugur
CARA PENYEDIAAN
  • Tumbuk cili kering bersama sedikit garam hingga lumat. Masukkan bawang merah dan belacan. Tumbuk lagi hingga lumat.
  • Masukkan pula serai dan tumbuk sedikit serai tersebut.
  • Inilah rupa cili yang telah ditumbuk dan ikan kerisi yang telah dipotong 2.
  • Masukkan bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk bersama santan dan serbuk kunyit. Masak dengan api perlahan sambil dikacau hingga mendidih.
  • Masukkan ikan dan asam keping. Biarkan mendidih dalam lebih kurang 5 minit. Masukkan serbuk perasa dan garam (jika perlu).
  • Akhir sekali masukkan tauge kasar. Masak jangan terlalu lama, jangan sampai tauge layu sangat.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN