Buat kek tapi tak habis makan? Jangan buang… Boleh simpan untuk buat puding ni :). Resipi godek-godek sendiri hehehe… Penyediaan lebih kurang macam Puding Roti.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Leftover Cake Pudding

Buat kek tapi tak habis makan? Jangan buang… Boleh simpan untuk buat puding ni :). Resipi godek-godek sendiri hehehe… Penyediaan lebih kurang macam Puding Roti.

BAHAN-BAHAN

  • Lebihan kek yang cukup untuk menutupi loyang 8 inci
  • BAHAN A
  • 1/2 tin susu cair + 1 cawan air ATAU 500ml susu segar
  • 4 sudu besar susu pekat manis (boleh tambah atau kurangkan)
  • 2 biji telur gred AA
  • 1 camca teh esen vanila
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Secubit garam
  • BAHAN B **Untuk sos custard
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar tepung custard
  • Mixed fruit cocktail
  • Syrup dari mixed fruit cocktail tu boleh dicampurkan ke dalam sos custard. Jadi bagi yang gemar kurang manis, boleh omit susu pekat.
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven 180’C.
  • Lenserkan butter pada loyang dan susunkan kek yang telah dipotong kecil-kecil sehingga menutupi keseluruhan loyang.
  • Dalam satu mangkuk besar, pukul telur sedikit dan masukkan kesemua BAHAN A. Gaul hingga sebati.
  • Tuangkan ke dalam loyang yang berisi potongan kek tadi dan biarkan selama 1/2 jam sebelum membakar. Kismis juga boleh ditabur dan pastikan direndam dalam adunan sehingga kembang.
  • Bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak.
  • Campurkan BAHAN B dan masak dalam sauce pan sehingga likat atau tepung custard larut sepenuhnya (kuah tidak terasa bertepung)
  • Sedia dihidang sejuk atau panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN