Roti nak luput jangan biarkan terbuang… sesuai untuk sarapan atau minuman petang…
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Lapis Roti Berdaging
Roti nak luput jangan biarkan terbuang… sesuai untuk sarapan atau minuman petang…
BAHAN-BAHAN
- 3 biji kentang dipotong dadu
- 500gm daging cincang
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu besar serbuk kari
- 3 sudu makan minyak untuk menumis
- 12-14 keping roti
- 500ml susu segar
- 3 biji telur
- Secubit garam
- Parutan keju (banyak ikut suka)
- Sedikit marjerin untuk melenser
CARA PENYEDIAAN
- Kisar bawang merah + bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang + kentang + garam.
- Satukan susu + telur + secubit garam.
- Pukul susu + telur + garam hingga sebati.
- Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi.
- Ramas-ramaskan kesemua roti tadi.
- Lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah diramas.
- Kemudian letakkan separuh daripada daging + kentang yang telah dimasak tadi atas lapisan roti.
- Ulangi proses dengan meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging + kentang dan di lapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti.
- Taburkan parutan keju (banyak ikut suka).
- Bakar dengan api sederhana selama 30-45 minit atau sampai lidi tak lekat.
- Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka.
- Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.