Resepi daripada sepupu

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Lala Masak Pedas

Resepi daripada sepupu

BAHAN-BAHAN

  • 500gm lala
  • 5 ulas bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato (di potong 4)
  • 2 batang serai
  • 1 biji bawang besar (di potong 4)
  • 2 sudu besar cili giling
  • 1/2 sudu kecil pes asam jawa
  • 1 sudu besar sos cili & sos tomato
  • Garam dan gula
  • 3 sudu besar minyak masak
  • * optional: Tambah cili api untuk yang suka lebih pedas
CARA PENYEDIAAN
  • Lala di rendam seketika untuk mengeluarkan pasir yang masih ada. Basuh dan bilas dengan air bersih dan toskan.
  • Tumbuk lumat bawang kecil dan bawang putih
  • Panaskan minyak atas api sederhana. Tumiskan bawang yang di tumbuk tadi.
  • Masukkan cili giling dan biarkan seketika agar cili masak.
  • Masukkan tomato dan bawang besar yang telah di potong 4.
  • Ketuk serai dan potong kecil. Masukkan ke dalam tumisan.
  • Masukkan sos cili, sos tomato dan pes asam jawa. Kalau agak kering boleh masukkan sedikit air.
  • Perasakan dengan garam dan gula ikut kesukaan masing-masing.
  • Masukkan lala dan tutup periuk seketika (dalam 3 hingga 5 minit)
  • Lepas 3 hingga 5 minit, buka tutup periuk dan gaul rata lala. Bagi yang suka berkuah, boleh tambah air kalau lauk nih kering sangat. Dan bagi yang suka extra pedas, boleh masukkan cili api yang telah di racik.
  • Siap! Sedap di makan dengan nasi putih.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN