Resipi daripada emak…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Laksa Johor

Resipi daripada emak…

BAHAN-BAHAN

  • Bahan Kuah Laksa:
  • 750 gram ikan tenggiri, direbus dan ambil isinya
  • 3/4 cawan rempah kari ikan
  • 1/2 cawan kerisik
  • 1 cawan air
  • 2 kotak kecil santan KARA (2 biji santan kelapa)
  • 4 batang serai, dititik
  • 2 inci lengkuas, dititik
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa, jika suka
  • Minyak untuk menumis
  • Bahan Kisar:
  • 3 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Bahan Sambal – kisar:
  • 20 biji cili padi Thailand
  • 6 -8 batang lada merah hidup
  • Bahan Hiasan:
  • 2 kilo laksa, dicelur dan toskan
  • Kerang rebus
  • Kek ikan
  • Tauhu kering
  • Timun (kupas kulit, buang tengahnya dan hiris halus)
  • Tauge
  • Daun kesum
CARA PENYEDIAAN
  • Isi ikan dikisar bersama air rebusan ikan dan ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik bersama rempah yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan kerisik, gaul rata. Masukkan pula rempah kari ikan dan 1 cawan air. Gaul hingga sebati.
  • Masukkan isi ikan yang telah dikisar. Masukkan pula santan, garam secukup rasa dan serbuk perasa jika suka.
  • Jika kuahnya agak pekat boleh tambah sedikit lagi air.
  • Cara untuk menghidang laksa:
  • Letak laksa dalam mangkuk, letakkan sedikit kerang rebus, kek ikan, tauhu kering dan tauge. Kemudian tuangkan kuahnya.
  • Hiaskan pula dengan timun, daun kesum dan sambal. Sedia untuk dimakan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN