Experiment kuih raya sudah bermula. Nak refresh balik skill membuat kuih raya :). Orang Kedah banyak yang panggil biskut ni kuih samprit.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kuih Samprit
Experiment kuih raya sudah bermula. Nak refresh balik skill membuat kuih raya :). Orang Kedah banyak yang panggil biskut ni kuih samprit.
BAHAN-BAHAN
- 1/2 cawan butter
- 1/2 cawan gula dikisar halus
- 1 kuning telur
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 2 sudu makan tepung kastad
- 1 sudu teh esen vanilla
- chocolate chips untuk hiasan
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan oven 180 darjah.
- Di dalam satu mangkuk, pukul butter, gula hingga kembang. Masukkan kuning telur, vanila, dan kacau sebati.
- Masukkan tepung (gandum dan kastad) sedikit demi sedikit sehingga habis. Adunkan dengan tangan sehingga menjadi doh lembut.
- Tekan dengan acuan kuih samprit dan hiaskan dengan chocolate chips. Bakar selama lebih kurang 20 minit.
- NOTA: Biskut ini sederhana manis. Jika anda gemarkan lebih manis, sila lebihkan gula.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.