Kuih ringkas tapi sedap, resipi dari ibu.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
KUIH LENGAT PISANG
Kuih ringkas tapi sedap, resipi dari ibu.
BAHAN-BAHAN
- Bahan A
- 2 cawan tepung beras
- 1 kotak santan – 200ml
- 3 kotak air – di sukat menggunakan kotak santan tadi
- 1/2 sudu teh garam
- Bahan B (Di lecek)
- 1 cawan gula kastor
- 1 cawan pisang
- Bahan C
- 1 biji pisang – di hiris (untuk taburkan keatas adunan)
CARA PENYEDIAAN
- Sediakan loyang dengan menyapu sedikit minyak ataupun lapik dengan plastik untuk memudahkan kuih di keluarkan nanti.
- Campur semua bahan A di dalam sebuah mangkuk besar.
- Kacau hingga larut dan tapis kedalam periuk. Masukkan juga bahan B, iaitu pisang yang telah di lecek dengan gula.
- Masak sebentar di atas api yang kecil sambil di kacau hingga terasa berat atau pekat sedikit dan matikan api.
- Tuang adunan kedalam loyang, tabur hirisan pisang dan kukus adunan selama 30minit atau sehingga masak.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.