steamboat homemade

Ramai yang pulang ke kampung setelah sekian lama tidak boleh merentas negeri kan? Sedap juga kalau buat steamboat homemade untuk dimakan beramai-ramai di kampung.

Maklumlah, sudah lama tidak dapat berkumpul bersama keluarga tercinta. Seronok juga kalau dapat makan sambil berbual-bual.

Kalau ada yang nak cuba buat steamboat ini, boleh lihat resipi di bawah. Lengkap dengan sos pencicah ala restoran Johnny’s. Selamat mencuba!

RESIPI STEAMBOAT HOMEMADE

Resipi sos ala Johnny’s

Bahan A:

  • 10 ke 15 biji cili merah
  • 6 ke 10 biji bawang putih
  • Cili padi ikut tahap kepedasan masing-masing

Bahan B:

  • 5 sb minyak bijan
  • 5 sb sos ikan
  • 5 sb cuka
  • 2 sb kicap
  • 2 sb sos tiram
  • Garam dan gula secukupnya
  • Daun ketumbar
  • Bijan yang telah disangai terlebih dahulu
  • Bancuhan tepung jagung

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan A. Kemudian masak atas api perlahan.

2. Masukkan bahan B kecuali daun ketumbar dan bijan. Kacau dan biarkan lagi ia masak dengan api perlahan.

3. Bila cili dah masak, masukkan sedikit bancuhan air tepung jagung. Kacau lagi dan tutup api.

4. Letakkan sos dalam mangkuk, taburkan daun ketumbar dan bijan.

Resipi sup ayam

Bahan-bahan:

  • Bawang putih
  • Isi Ayam
  • Kiub pati ayam
  • Daun Ketumbar

Cara-cara:

1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak.

2. Kemudian masukkan ayam dan gaul sehingga masak.

3. Masukkan air secukunya, letakkan juga kiub pati ayam dan sedikit garam. Kacau sehingga mendidih.

4. Akhir sekali boleh masukkan makanan frozen pilihan, daging dan sayur-sayuran kegemaran masing-masing.

Kredit: Amy Nur Hidayah Abdullah

Baca juga: Cara Buat Bihun Ala Pama Homemade, Puas Hati Makan Licin Satu Periuk!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN