Resipi nenek tersayang.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuih lapis special

Resipi nenek tersayang.

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 3/4 cawan santan
  • 1/2 cawan gula
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • (Saya selalu buat 2 kali ganda adunannya dan guna 1 kotak santan cap ayam-200ml,tambah air untuk jadikan ukuran santan)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan kukusan.Griskan sikit saja minyak pada loyang.
  • Masukkan kesemua bahan didalam satu bekas.Kacau rata.Tapis.
  • Bahagi dua adunan tadi. Satu warna putih dan satu lagi warna pink.
  • Kukuskan lapisan demi lapisan mengikut turutan warna seperti putih,pink,putih,pink dan seterusnya. (Kukuskan setiap lapisan dlm 3 hingga 4 minit-nanti nampaklah lapisan tu elok masaknya).
  • Untuk jadikan lapisan itu lebih kurang sama tebal ukurannya,ukur adunannya sebelum dituang,cnth:kalau ukuran setiap lapisan adalah 1/2 cawan,yg lain pun 1/2 cawan.Akhir sekali,jadikan lapisan itu berwarna merah.Kukuslah dlm 20 minit lagi.
  • NOTA: Setiap lapisan,bila masak,saya lap tudung kukusan untuk elak air timpa kuih.Tapi kalau air timpa atas kuih,saya serapkan dgn tisu kitchen towel sebelum sambung dgn lapisan lain.
  • Kuih lapis yg berjaya dibuat adalah kuih yang lapisannya boleh dibuka satu-satu.
  • Jangan lupa sejukkan kuih sebelum dipotong.SELAMAT MENCUBA.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN