Cuma dapat basic aje dari kawan, yang lain ubah sendiri

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuih Lapis Kacang Merah

Cuma dapat basic aje dari kawan, yang lain ubah sendiri

BAHAN-BAHAN

  • 3 1/2 cawan tepong gandum
  • 1/2 cawan tepong beras
  • 1 1/2 cawan gula
  • 8 cawan santan (1 biji kelapa )
  • 1/2 cawan kacang merah
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan tepong gandum, santan dan gula. Kacau hingga sebati kemudian tapiskan.
  • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian lebih kurang 3 cawan untuk 2 lapisan kuih.
  • Amabil satu bahagian + kacang merah dan dikisar sehingga sebati.
  • Yang dua bahagian lagi, satu isi warna merah dan satu lagi isi warna kuning.
  • Panaskan kukusan. Loyang di alas dengan plastik dan di sapu dengan sedikit minyak.
  • Setelah air dalam kukusan mendidih, masukan loyang tadi dan panaskan sebentar.
  • Masukan satu lapisan adunan yang berwarna merah, kukus selama 5 minit atau sampai nampak dah keras sedikit.
  • Masukan pula adunan kacang merah, kemudian kuning, kacang merah semula, kemudian kuning dan akhir sekali warna merah. Buat macan kuih lapis biasa tu..
  • Kukus lagi selama 30 minit. Setelah itu, jangan tutup api lagi, buka penutup kukusan. biarkan selama 5 minit. Kalau masih ada air diatas permukaan kuih, bolih le di lap dengan kertas tisu…sejukkan..
  • Kalau nak buat satu lapisan saja bahagian kacang merah tu pun sedap juga. Letak lapisan kacang merah pada kedudukan ditengah2 kuih.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN