rasa enak dan aroma kuih bakar ini datang dr bahan2 yg ditumbuk pecah2…satu kelainan…menggunakan tambahan daun sirih sebagai aroma dan perasa….resipi atas permintaan ACEK.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Kuih Bakar Bombay™

rasa enak dan aroma kuih bakar ini datang dr bahan2 yg ditumbuk pecah2…satu kelainan…menggunakan tambahan daun sirih sebagai aroma dan perasa….resipi atas permintaan ACEK.

BAHAN-BAHAN

  • 7 biji telur – yang besar
  • 500 g gula halus
  • 450 g tepung gandum
  • 700 ml santan pekat – hangatkan dan sejukkan
  • 700 ml santan cair – untuk dikisar bersama daun pandan
  • 6 helai daun pandan
  • 2 helai daun limau purut*
  • 2 helai daun sirih*
  • 2 batang kulit kayu manis*
  • 1 sk jintan manis/kasar*
  • 350 g minyak sapi – dicairkan
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk pewarna hijau – jika suka
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar daun pandan bersama santan cair hingga halus,tapis dan perah. Cuci rempah2 sebelum dipecah2kan.
  • Satukan bahan2 bertanda * di dalam batu lesung dan tumbuk setakat pecah2 saja.Atau pun boleh juga ditumbuk berasingan.Campurkan dgn bahan2 (1) tadi dan tapis lagi.
  • Didalam mangkuk,pukul telur dan gula hingga gula larut dan masukkan tepung,santan pekat dan campuran (2) dan tapis lagi supaya tepung tidak bergentel2.
  • Masukkan pula minyak sapi,garam dan pewarna hijau.Kacau hingga sebati.
  • Tuang adunan kedalam acuan dan bakar hingga garing. Cara2 membakar sama seperti kuih bakar sarang madu di http://www.myresipi.com/top/detail/6642

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN