memerlukan kesabaran serta kekuatan tgn utk mengulinya, hasilnya cukup puas hati dpt buat sndri . . =D
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
KUEY TEOW
memerlukan kesabaran serta kekuatan tgn utk mengulinya, hasilnya cukup puas hati dpt buat sndri . . =D
BAHAN-BAHAN
- 4 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung beras
- 1 cawan air ( sy tambah 3 sudu air lg )
- 1 biji putih telur
- Sedikit garam
- Sedikit tepung gandum ( utk disapu )
CARA PENYEDIAAN
- Tepung gandum dan tepung beras digaul mesra.
- Putih telur dipukul sekejap, kemudian masukkan ke dalam campuran tepung tadi.
- Tuangkan air yang bercampur garam, uli sebati.
- Jika adunan susah untuk diuli, tambahkan 3 sudu air lagi. Uli sehingga menjadi doh yang licin.
- Bungkus dengan plastik, simpan selama 10-15 minit.
- Bulatkan menjadi beberapa bahagian kecil, bentukkan memanjang.
- Gelek menggunakan mesin bahagian buat karipap no.7 (yang paling tebal-mengikut mesin masing-masing), buat hingga selesai.
- Gelek pula no.05 kemudian pada no.03. Sapukan tepung pada kepingan doh tadi, supaya tidak melekat antara satu sama lain.
- Gelekkan pula pada mesin bahagian buat kuey teow.
- Celurkan kuey teow ke dalam air mendidih yang dicampur dengan sedikit minyak lebih kurang 3-4minit.
- Angkat dan basuh sekejap di bawah air yang mengalir.
- Toskan sekejap, masukkan sedikit minyak ke dalam kuey teow.
- Untuk melihat gambar langkah demi langkah dengan lebih terperinci, boleh terus ke link ini. http://hasiahhashim.blogspot.com/search/label/mee%20kuning
- Cara buat kuey teow ni lebih kurang macam cara membuat mee kuning, bezanya adunan kuey teow lebih keras sedikit berbanding adunan mee kuning.
- Klik untuk isi cara-cara di sini
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.