Mari buat kuetiau sendiri…
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kuetiau
Mari buat kuetiau sendiri…
BAHAN-BAHAN
- 350 tepung gandum
- 150gm tepung beras
- 1 biji putih telur
- 200 ml air
- Tepung ubi secukupnya
- Minyak secukupnya
- Air untuk merebus
- Garam secukupnya
CARA PENYEDIAAN
- Satukan kedua-dua jenis tepung, putih telur dan air ke dalam mangkuk adunan dan uli doh. Kemudian jerang air dalam periuk dan setelah air mendidih, masukkan sedikit minyak masak ke dalamnya.
- Setelah adunan siap, masak air dan letakkan sedikit minyak dan biarkan mendidih.
- Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam mesin pasta pada no.1 dan putar (makin banyak tepung maka akan lebih panjang kuetiau nya).
- Putar adunan sehingga tepung nampak rata dan tukar tahap nipisnya dengan no. besar (saya buat sehingga no.4 atau no.5).
- Setelah nipis taburkan tepung ubi ke atas adunan supaya tidak melekat dan lakukan sehingga semua adunan habis diputar nipis.
- Setelah semua adunan nipis, masukkan ke dalam pemotong mesin pasta yang bergigi besar (biasanya ada 2 saja – untuk mi dan untuk kuetiau).
- Terus memotong sehingga adunan habis.
- Setelah air mendidih, rebus kuetiau sedikit-sedikit atau muat tapisan – periuk).
- Rebus sebentar sahaja atau sehingga kuetiau timbul – angkat dan toskan.
- Letakkan kuetiau yang telah ditoskan ke dalam dulang/loyang dan tuangkan sedikit minyak dan gaul rata (buat semasa kuetiau sedang panas. Jika tidak kuetiau akan melekat antara satu dengan lain).
- Ulang proses tersebut sehingga kesemuanya habis dan sejukkan kuetiau sebelum disimpan atau digunakan.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.