resepi masa sek dlu.. tapi telah diubahsuai ala2 petis… masak dlm 1 kuali besar…
dlm gambar ni petis digaul dgn tahu goreng yang dipotong dadu semata2..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
kuah rojak (petis)
resepi masa sek dlu.. tapi telah diubahsuai ala2 petis… masak dlm 1 kuali besar…
dlm gambar ni petis digaul dgn tahu goreng yang dipotong dadu semata2..
BAHAN-BAHAN
- lada kering – dikisar (dapatkan 1/2 blender)
- 1 botol kecil kicap pekat jalen (boleh juga jenama lain)
- 2 keping belacan besar (lagi banyak lagi sedap)
- 1 buku gula melaka
- 4 cawan gula pasir
- 2 cawan air
- kacang tanah – digoreng tanpa minyak dan dikisar kasar jika mahu
CARA PENYEDIAAN
- tumis lada kering yg telah dikisar sehingga betul-betul garing. masukkan air ke dalam blender utk bersihkan sisa lada dan ketepikan.
- selepas lada garing, masukkan 1 botol kicap pekat. kacau rata.
air di dalam blender tadi di masukkan sedikit ke dalam botol kicap utk ambil semua sisa kicap pekat untuk elakkan pembaziran. - kemudian masukkan belacan yg dipatah2kan.. kacau sehingga belacan larut…
- masukkan air yang ada dalam blender dan botol kicap tadi ke dalam kuali.. kacau rata..
- masukkan gula melaka.. kacau dan biarkan gula cair.
- akhir sekali masukkan gula pasir.
kacau sehingga gula larut.
sentiasa kacau petis ini jika tidak gula akan membuak dan boleh menyebabkan penuh dan keluar daripada kuali.. - kacau dalam masa 30 minit lagi atau sehingga petis menjadi pekat dan bergetah apabila anda mengangkat sudip.
- matikan api dan biarkan sejuk. kemudian boleh lah dihidangkan.
buat rojak atau dicecahkan dgn buah pon sodapp~~selamat mencuba =)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.