Masakan Johor.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ketam Masak Lemak

Masakan Johor.

BAHAN-BAHAN

  • 4 ekor ketam besar, dibersihkan
  • 6 ulas bawang merah kecil*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 batang lada merah*
  • 3 biji buah keras*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1/2 cm belacan*
  • 1 hirisan nipis lengkuas*(*dikisar halus)
  • 1 asam keping
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 kuntum bunga kunyit (jika suka dan jika ada)
  • 1 biji kelapa, diparut
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji timun, dibuang kulit, dikerat 2 dan belah empat setiap keratan
  • 2 keping tempe, dikerat 4 setiap keping (jika suka)
CARA PENYEDIAAN
  • Dalam periuk, masukkan ketam, asam keping dan bahan-bahan dikisar. Jerang atas api untuk 2 – 3 minit. Matikan api dan biarkan sebentar.
  • Masukkan 1 cawan air dalam kelapa parut. Ramas dan perah santan dalam satu bekas. Ketepikan. Tuang lagi 2 cawan air dan perah untuk mendapatkan santan no.2.
  • Hidupkan api kembali dan masukkan santan no. 2 ke dalam periuk. Diikuti tempe, daun kunyit dan bunga kunyit (jika suka dan jika ada), biarkan mendidih. Masukkan santan pekat dan timun. Perasakan dengan garam dan gula. Dalam gambar :- Daun kunyit dan bunga kunyit.
  • Masak atas api perlahan selama 5 minit. Kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah minyak. Bolehlah dihidangkan bersama nasi putih dan lauk-pauk sampingan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN