Masakan kegemaran suami

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ketam Cili Berempah

Masakan kegemaran suami

BAHAN-BAHAN

  • Bahan-bahan A :
  • 3 ekor ketam (di potong 2)
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit serbuk cili
  • Sedikit serbuk kari ikan
  • Minyak untuk menggoreng
  • Bahan-bahan B (Kuah/sambal ketam) :
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu makan serbuk kari ikan (bancuh dengan sedikit air)
  • 1 sudu makan serbuk cili (bancuh dengan sedikit air)
  • 2 ulas bawang merah (di tumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (di tumbuk)
  • 1/2 inci halia (di hiris)
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit madu
  • 1 sudu makan sos tiram
  • sedikit sos ikan
  • 1-2 helai daun limau purut
  • Sedikit daun sup
  • Sedikit garam dan serbuk perasa
CARA PENYEDIAAN
  • Goreng ketam dengan bahan-bahan A hingga garing dan ketepikan.
  • Dengan lebihan minyak gorengan ketam tadi tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan cili kisar, serbuk kari, serbuk cili yg telah dibancuh dgn sedikit air.
  • Tumis hingga naik minyak dan masukkan air asam jawa.
  • Kemudian masukkan sos tiram dan sos ikan dan kacau.
  • Selebihnya masukkan sedikit air, madu or gula, serbuk perasa dan rase la masam masin dan manisnya kuah tu. Tak perlu letak garam sebab sos ikan dan sos tiram tu dah masin.
  • Jika perlu, masukkan daun limau purut untuk aroma yang lebih sedap.
  • Agak-agak kuah dah pekat matikan api dan gaulkan ketam bersama-sama kuah tadi dan hias dengan daun sup
  • P/S: garam tak perlu letak pun takpe sebab sos tiram tu pun dah masin.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN