Resipi dari Kelantan
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Keropok Lekor Fresh
Resipi dari Kelantan
BAHAN-BAHAN
- 1.5 kg Ikan sardin/ikan mata besar
- 500g tepung sagu/kanji
- sedikit jus asam jawa
- garam & MSG secukup rasa
- 1 sudu kecil baking powder
- Sedikit ais
- 2 sudu besar tepung gandum (hanya di gunakan semasa menguli ataupun ditambah ke dalam adunan jika adunan sedikit lembik)
- Bahan utk sosnya:
15 btg cili kering,
5ulas bawang merah,
5ulas bawang putih,
(3 bhn ini di kisar halus),
sedikit jus asam jawa, sedikit air,
Gula merah/manisan kelantan,
garam,
sedikit cuka,
sedikit bancuhan tepung jagung (utk memekatkan),
sedikit bijan - Untuk proses merebus..kita perlukan seperiuk air dan sedikit minyak masak.
CARA PENYEDIAAN
- Bersihkan ikan, ambil isinya..buang semua tulangnya
- Isi ikan ditumbuk hingga sedikit hancur..jgn terlalu hancur.
- Isi ikan yg telah ditumbuk tadi campurkan dgn sedikit jus asam jawa (nk bg hilangkan hanyir ikan) & selepas itu perisakan dgn garam & MSG.
- Masukkan ais sedikit selepas itu boleh masukkan tepung sagu/kanji. Uli sehingga menjadi doh. Kalau melekat barulah masukkan tepung gandum.
- Rebuskan seperiuk air & letakkan 1 sudu besar minyak (supaya keropok tak melekat).
- Mulakan membentuk adunan panjang2 mengikut ketebalan yg diingini..
- Dah siap di bentuk masukkan keropok dlm air yg mendidih,apabila ia timbul ini menandakan keropok anda sudah masak.
- Apabila keropok dah ditoskan, biarkan sejuk & barulah bleh dipotong dan di goreng..boleh makan dgn sos nya..
- Cara membuat sosnya pula, bahan-bahan kisar di masak dgn sedikit air…bila dah mendidih masukkan gula merah,garam,jus asam jawa, sedikit cuka dan bijan. Jika sos tidak pekat barulah masukkan bancuhan tepung jgung.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.