Segar dan cukup masam, masin dan manisnya!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kerabu Sotong

Segar dan cukup masam, masin dan manisnya!

BAHAN-BAHAN

  • 300 gm sotong – potong cincin
  • 1 ulas bawang besar merah – dihiris nipis
  • 5 urat kacang panjang – dipotong anggaran 1-2 cm
  • 1 biji tomato – dipotong kecil
  • 1 batang serai – dihiris halus
  • 2 biji cili merah – dicincang kasar
  • 5 biji cili api – diketuk dan cincang kasar
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 1 ½ biji limau nipis
  • Segenggam daun ketumbar
  • Gula nira (Kelantan) atau gula Melaka atau gula merah yang telah dicairkan dengan air – secukup rasa
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Sotong direbus dahulu hingga masak. Ketepikan.
  • Bancuh gula, sos ikan dan garam terlebih dahulu. Kemudian masuk semua bahan lain termasuk sotong. Perah limau nipis. Gaul rata dan rasa supaya dapat balance masam, manis dan masin mengikut selera.
  • Kerabu ini enak dihidang sejuk.
  • NOTA : Semua sukatan adalah anggaran, boleh adjust ikut citarasa masing-masing. Elok dimasinkan sedikit supaya sesuai rasanya bila dimakan dengan nasi putih. Secret ingredient untuk kerabu ini ialah gulanya, jangan pakai gula putih.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN