Pembuka selera.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kerabu Pucuk Paku dengan Kerang
Pembuka selera.
BAHAN-BAHAN
- 1 ikat pucuk paku
- Setengah kilo kerang (direbus dan ambil isinya)
- Kerisik
- 4 ulas bawang kecil atau 1 biji bawang besar (dimayang halus)
- 2 batang serai
- Sedikit bunga kantan
- Garam dan gula secukup rasa.
CARA PENYEDIAAN
- Pucuk paku di potong sederhana dan rendam dalam air panas sekejap sahaja supaya zatnya tak hilang. Kemudian toskan.
- Mula-mula satukan bawang yang telah dipotong, serai dan bunga kantan yang dimayang halus serta kerisik sehingga sebati.
- Kemudian masukkan pucuk paku dan isi kerang serta garam dan gula secukup rasa.
- Bagi mereka yg suka pedas boleh tambahkan cili padi atau cili merah yang dipotong halus ke dalam kerabu tadi. Selamat mencuba. Pasti terangkat.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.