makanan favorite bln puasa zaman sekolah dulu

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kerabu perut Kelantan

makanan favorite bln puasa zaman sekolah dulu

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A
  • 500 gram perut lembu
  • Ikan kembong seekor(kalau ikan selar kuning 3/4)*lebihkan ikan untuk rasa yang lebih umph!*
  • lada hitam/lada sulah
  • bawang merah besar(bawang India) 1 labu
  • Bahan B
  • bawang merah besar 1 labu di mayang
  • cili merah dimayang
  • 1 bunga kantan dimayang
  • kelapa parut untuk dibuat kerisik
  • 1 biji tomato di potong dadu (kalau tak letak pun takpe)
  • asam limau nipis/limau kasturi
  • garam
  • gula
  • santan RM1
  • Kacang panjang RM1/seikat dan dimayang halus2
CARA PENYEDIAAN
  • Ok! Mula2 sekali hiris perut lembu itu memanjang kemudian direbus sehingga empuk dan toskan .
  • Panggang ikan jadi ikan bakar(kalau saya nak cepat saya rebuskan saja dengan sedikit air).
  • Sediakan kerisik: Goreng lebihkurang secawan kelapa parut tanpa minyak sehingga garing dan warna bertukar menjadi perang. Tumbuk kelapa hingga nampak keluar minyak Ok dah siap kerisik
  • Tumbuk lada hitam, kemudian tumbuk bawang dari bahan A, tak lumat sangatpun tak mengapa. Kemudian masukkan isi ikan yang dipanggang/rebus tadi, tumbuk lagi.
  • Bila dah siap 4 peringkat tadi campurkan semua yang dalam lesung tadi, kacang panjang dan kesemua bahan B dalam satu mangkuk besar. Kacau-kacaukan hingga rasanya serasi…. masin ada, manis dan masam… Selamat mencuba!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN