Resipi dari Allrecipes.com. D suka dengan rasa buttery cake ini. Tapi boleh abaikan Butter Sauce jika anda tidak suka manis sangat macam D.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kentucky Butter Cake

Resipi dari Allrecipes.com. D suka dengan rasa buttery cake ini. Tapi boleh abaikan Butter Sauce jika anda tidak suka manis sangat macam D.

BAHAN-BAHAN

  • 3 cawan tepung serbaguna
  • 2 cawan gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh baking powder
  • ½ sudu teh baking soda
  • 1 cawan buttermilk
  • 1 cawan mentega
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 4 biji telur
  • Untuk Butter Sauce
  • ¾ cawan gula
  • 1/3 cawan mentega
  • 3 sudu besar air
  • 2 sudu the esen vanilla
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan ketuhar pada suhu 165’C. Sapukan loyang bundt 10 inci dengan mentega dan salutkan dengan tepung.
  • Dalam mangkuk mixer, campurkan tepung, gula, garam, baking powder dan baking soda. Masukkan buttermilk, mentega, esen vanilla dan telur. Pukul adunan ini selama 3 minit pada kelajuan sederhana. Tuangkan adunan kek kedalam loyang bundt.
  • Bakar dalam oven selama 60 minit atau sehingga lidi pengguji keluar bersih. Selesai membakar, cucuk kek dengan hujung senduk kayu dan tuangkan Butter Sauce sewaktu kek masih panas. Biarkan kek sejuk sebelum keluarkan dari loyang bundt.
  • Untuk membuat Butter Sauce: Dalam periuk campurkan gula, mentega, esen vanilla dan air. Masak atas api yang sederhana sehingga mentega cair dan gula larut, dan pastikan sos tidak mendidih.
  • Nota: Jika tidak mempunyai buttermilk, boleh anda buat sendiri menggunakan 1 cawan susu cair dan 1 sudu besar jus lemon. Biarkan ia selama 15 minit sehingga ia berketul sikit dan sedia untuk digunakan. Kek ini rasa agak manis bila D cuba, kurangkan penggunaan gula dari 2 cawan kepada 1 ½ cawan atau 1 ¾ cawan. Lebih sedap dimakan pada keesokkan hari bila kek telah sebati dari segi rasa dan juga lebih lembab.
  • D hidangkan dengan butter sauce dan coklat ganache. Rasanya agak manis bila disatukan dengan Butter Sauce. Jadi D rekomen buat aje kek dan kurangkan gula dan abaikan Butter Sauce…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN