Untuk mereka yg suka pedas,resipi ni sangat simple dan sedap!
sedap makan dgn nasi panas2 @ ratah gitu je..
pedas berapi!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

? Kentang bilis goreng berapi versi kampung

Untuk mereka yg suka pedas,resipi ni sangat simple dan sedap!
sedap makan dgn nasi panas2 @ ratah gitu je..
pedas berapi!

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji kentang yang dikupas dan dipotong kecil-kecil (boleh potong bentuk wedges jugak)
  • 1/2 bawang besar yang dimayang kasar
  • 3 ulas bawang putih,ketuk je
  • 1 mangkuk bilis
  • 3 sudu besar cili boh (boleh kurang/boleh tambah)
  • 3 tangkai cili padi,dihiris nipis2 (option,x payah letak kalau ada budak2 makan)
  • 1/2 sudu kecil sos tiram
    (option,x letak xpe sbb bilis dh masin,kalau xde sos tiram,garam pon boleh )
  • 1 sudu kecil gula (option jugak,nk letak boleh,x letak pn boleh..sy letak sbb sy suka manis2 pedas)
  • minyak utk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Goreng kentang yg dipotong nipis2 tadi,goreng jangan bagi garing sangat ye.
    Ketepikan.
    Kemudian goreng pulak bilis tadi sampai betol2 garing..
  • Panaskan minyak,tumis bawang puteh dan bawang besar yang dimayang kasar.
    Tumis hingga garing
  • Masukkan pula cili kering tadi.
    Tumis sampai garing dan naik bau.
    (boleh beli yg ready made)
  • Masukkan cili padi tadi,jangan letak ye kalau ade budak2
  • Masukkan sos tiram ATAU garam,gula.
    boleh la kalau nak masuk ajinamoto sikit.
  • Lastly,masukkan kentang dan bilis.
    gaul sebati,tutup api.
    hidang n makan !

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN