mudah dan sedap,kek ni sangat lembut…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Red Velvet Chocolate Cheese

mudah dan sedap,kek ni sangat lembut…

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A:
    240 ml susu cair,
    2 sudu teh cuka,
    2sudu teh pewarna merah ,
    2 sudu teh perasa rose (nak bagi wangi),
  • Bahan B:
    250 gram tepung gandum + 1 sudu teh baking powder,
    1/2 sudu teh garam,
    2 sudu besar serbuk koko,
  • Bahan C: 2 sudu teh cuka,
    1 sudu teh soda bikarbonat,
  • Bahan D:
    150 gram mentega *,
    280 gram gula castor *,
    1 sudu teh esen vanilla *,
    3 biji telur gred C,
  • Bahan utk toping coklat:
    1 tin susu cair,
    1 sudu bsr butter,
    1/2 cwn gula,
    1/2 cwn koko,
  • Bahan utk cheese krim: 1/2 tin susu cair, 1 sudu besar butter,200gm serbuk cheese ( terpulang kepada anda,saya suka cheese banyak),
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan semua bahan A, ketepikan. jangan kacau, campur kemudian biarkan.
  • Satukan semua bahan B, kemudian ayak dan ketepikan.
  • Campurkan kesemua bahan D yang bertanda (*), pukul sehingga kembang.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga kembang.
  • Masukkan bahan B ke dalam bancuhan kemudian selang selikan dengan bahan A. pukul sehingga sebati kesemua bahan.
  • Di dalam mangkuk yang lain, satukan bahan C dan tunggu sehingga bunyi berdesing hilang. masukkan bahan C ke dalam bancuhan kemudian pukul sehingga sebati.
  • Bakar di dalam suhu 160C menggunakan api atas bawah dalam 20 minit atau sehingga masak. sejukkan kek. (saya buat dua lapisan kek,jadi bahagikan dua adunan tu, bakar satu persatu)
  • CARA NAK BUAT TOPING COKLAT : campur semua bahan untuk toping dan
    msk di ats api slow hingga pekat mcm susu pekat. Jika terlalu pekat boleh tambah sedikit air suam.
  • CARA NAK BUAT KRIM CHEESE : campur semua bahan untuk krim cheese, masak diatas api slow, sehingga anda puas hati dengan kepekatannya.(Jika terlalu pekat boleh tambah sedikit air suam & jika terlalu cair boleh tambah butter)
  • Apabila kek siap dibakar, boleh la sapukan diatas kek,untuk lapisan antara dua kek, lapiskan krim cheese.
  • Diluar kek, lapisan pertama sapukan krim cheese, kemudian disaluti toping coklat. (ikut kreativiti anda) =)
  • Sedia di hidang =)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN