Resepi asal dari http://www.taste.com.au/recipes/10002/wholemeal+banana+cake.
Sedikit ubahsuai dicatatkan dalam resepi…sangat mudah dan sekejap sgt buatnya!! Kek yg sihat sbb guna wholemeal.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek pisang wholemeal

Resepi asal dari http://www.taste.com.au/recipes/10002/wholemeal+banana+cake.
Sedikit ubahsuai dicatatkan dalam resepi…sangat mudah dan sekejap sgt buatnya!! Kek yg sihat sbb guna wholemeal.

BAHAN-BAHAN

  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar susu segar / cair
  • 3/4 cwn gula. (Saya cuma guna 1/3 cwn). Mungkin bergantung pada kemanisan pisang juga.
  • 1 biji telur
  • 3 biji pisang (pisang makan / jemput2)
  • 1 1/2 cawan tepung wholemeal (plain atau self raising) – kalau plain kena tambah 3 sudu teh baking powder
  • Kacang walnut dan dried cranberries (optional). Boleh juga letak bahan lain seperti kurma, choc, pecan, hazelnut etc)
CARA PENYEDIAAN
  • Gris loyang. Panaskan oven 200c, fan oven kena kurangkan dalam 20-30 degree. (Saya guna combination microwave oven, suhu 150c, micro power simmer)
  • Blend semua bahan kecuali tepung dan kekacang & cranberry. Boleh guna blender, food processor atau mixer. Saya guna blender saja.
  • Masuk tepung, blend lagi sekejap sampai sebati. Boleh je blend sekali dgn bahan dalam no. 2 tapi saya tak nak wholemeal flour tu jadi halus pula..tu je alasannya.
  • Gaul walnut (cincang kasar) dan dried cranberries atau bahan2 lain ikut suka. Tak campur apa2 pun tak apa. Tabur sikit di bahagian atas kek.
  • Tuang dalam loyang, bakar. Resepi asal 45 min tapi saya bakar sekejap je, tak lebih 20 min. Mungkin sebab guna micro oven combi. Yang penting sampai dia masak dan tak melekat bila cucuk lidi.
  • Sejukkan dan potong..enjoy..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN