juz guna blender, masa penyediaan yg singkat, menggunakan bahan2 yg ada di dapur…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

kek pisang kakbesah

juz guna blender, masa penyediaan yg singkat, menggunakan bahan2 yg ada di dapur…

BAHAN-BAHAN

  • 3 cawan tepung gandum(300g)
  • 2 cawan pisang lecek/lenyek
  • 1 1/4 cawan minyak masak(230g)
  • 1 cawan gula pasir(200g)
  • 4 biji telur
  • 1 1/2 sudu makan (1 1/2 penutup botol soda tu) bicarbonate soda
  • secubit garam
CARA PENYEDIAAN
  • lenyek pisang masak dgn gelas plastik.(jgn di blend,nanti x nampak jalur2/urat2 pd kek = x cantik)
  • campurkan bicarbonate soda & lenyek lagi hingga pisang berbuih. jika soda berketul,ayak dgn penapis teh trus kdlm pisang. bagi yg tak biasa dgn carani, boleh ayakkan bicarbonat soda tu dgn tepung.
  • blend telur & gula (guna blender cili je) hingga berbuih & gula hancur .pastu masukkan minyak & blend dlm 5 saat.lepastu campurkan bahan yg diblend td dgn pisang,gaul dgn senduk akhir sekali campurkan tepung sambil digaul sebati.jgn di blend.guna senduk saja.
  • masukkan kedalam acuan yg telah disapu minyak @ majerin, serta telah dipanaskan terlebih dulu. bakar lh dlm suhu 180’c selama lebihkurang 40 mnt.
  • yg dlm gambar ni,saya potong semasa masih suam,so x nmpak coraknya.jika dibiar betul2 sejuk @ beberapa jam,kek akn bertambah gelap dgn jalur2 pisang yg ketara….
  • selamat mencuba.. insyaallah x kantoi…
  • # cara memasukkan sodabicarbonate tu boleh juga dgn mengayakkannye brsama tepung #

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN