Resipi dri kawan Dan alhamdulillah mebantu sy buat berniaga searang ; )

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Pelangi Dengan Cream Cheese Frosting

Resipi dri kawan Dan alhamdulillah mebantu sy buat berniaga searang ; )

BAHAN-BAHAN

  • 250gm butter
  • 2 1/2 cawan tepung naik sendiri – diayak
  • 1 1/2 cawan gula kastor
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 5 biji telur
  • Sedikit vanilla esen
  • pewarna makanan
    (biru,pink,oren,kuning,ungu,hijau,)
  • BAHAN2 UNTUK CREAM CHEESE FROSTING
  • 250gm cream cheese – pada suhu bilik
  • 350gm non dairy whip cream (saya guna brand Vivo)
CARA PENYEDIAAN
  • 1. Panaskan ketuhar pada suhu 160darjah-170darjah. Bergantung kepada oven anda. (Saya guna suhu 165darjah celcius)
  • 2. Putarkan mentega bersama gula kastor sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar sehingga betul-betul kembang. Masukkan esen vanila.
  • 3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan susu pekat,pukul semua bhn sehingga betul2 sebati.
  • 4. Bahagikan adunan sebanyak 6 bahagian. Warnakan dengan 6 warna yang berbeza. (terpulang nk buat berapa warna)
  • 5. Saya timbang lebih kurang 305gm untuk setiap layer.
  • 6. Masukkan ke dalam loyang yang telah bergris mentega dan dialas kertas baking.
  • 7. Bakar selama lebih kurang 20 minit. (jangan lama sangat takut lapisan kering).
  • 8. Sejukkan. Keluarkan dari loyang dan bolehlah dilayer setiap lapis dengan buttercream / creamcheese. Bila dah siap setiap lapisan, salut dengan adunan cream cheese frosting.CARA2 UNTUK BUAT CREAM CHEESE FROSTING
  • CARA2 UNTUK BUAT CREAM CHEESE FROSTING
  • 1.Dlm bekas yg berasingan, Pukul whip cream sehingga kental.
  • 2.Dlm bekas yg berasingan, Pukul cream cheese sehingga lembut dan kembang.
  • 3. Kemudian, campurkan kedua-dua nya, Putar sebati. Siap untuk digunakan

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN