Jajangmyeon

Bagi peminat k-drama, pastinya korang terliur melihat adegan makan seperti jajangmyeon yang sering dipaparkan di kebanyakan babak dalam drama produksi mereka.

Antara yang selalu dilihat adalah makanan-makanan seperti tteokbokki, kimchi, dan banyak lagi.

Tidak dinafikan setiap kali melihat mereka makan, timbul rasa mengidam dan ingin cuba makanan-makanan yang mereka makan.

Baca juga: Tak Perlu Ke Korea, Ini Dia Resipi Bibimbap Nasi Campur Korea Yang Mudah & Sedap

Tapi, sekarang dah tak susah lagi kerana terdapat banyak restoran makanan Korea yang ada di Malaysia.

Selain itu, makanan segera juga turut dijual di pasar raya, tetapi korang hendaklah memastikan sama ada ia halal atau tidak.

Bagi menikmati makanan Korea tanpa was-was, korang juga boleh melakukannya sendiri di rumah.

Berikut merupakan resipi jajangmyeon yang telah dikongsi oleh Syaf Kun dengan hanya menggunakan mi segera.

Resipi Jajangmyeon Guna Mi Segera


Bahan-bahan:

4-5 ekor udang yang sudah dibersihkan
1 bungkus mi segera, nak guna mi dia sahaja
2-3 inci lobak merah dipotong dadu
2-3 inci lobak putih dipotong dadu
1-2 ulas bawang putih
2-3 sudu besar sos hoisin
1-2 sudu besar air tepung jagung
1-2 sudu besar kicap manis
Gula secukupnya

Cara-cara membuatnya:

1. Tumis bawang putih sehingga naik bau.


2. Masukkan kicap manis, lobak putih dan lobak merah, masak sekejap.


3. Masukkan sos housin (biasanya dijual di pasaraya dalam botol kaca), gula dan air tepung jagung sikit untuk bagi pekat.


4. Kemudian, masukkan udang dan angkat bila masak.


5. Rebus mi segera, perencah tak perlu.

6. Tuang kuah jjangmyeon di atas mi Maggie tadi dan gaulkan sekata. Siap!


Mudah sahaja kan? Rasanya masin, masam manis-manis sikit. Memang sedap. Selamat mencuba!


Sumber: Syaf Kun

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN