Kek mentega dengan tambahan tepung badam…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Mentega Badam

Kek mentega dengan tambahan tepung badam…

BAHAN-BAHAN

  • 200grm – tepung gandum –> ayak
  • 2 sudu teh – baking powder –> ayak
  • 4 sudu besar – tepung badam
  • 1 ketul- mentega “buttercup” –> nak guna brand lain pun boleh
  • 200grm – gula halus
  • 4 biji – telur gred A
  • 1 sudu kecil – esen vanilla
  • 4 sudu besar – susu cair
CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan loyang yg sesuai…lengserkan loyang keseluruhan dengan sedikit butter pastu taburkan tepung sedikit pada sekeliling loyang…kemudian lapik permukaan loyang dengan baking paper
  • Satukan tepung dan baking powder yg dah diayak bersama tepung badam didalam satu bekas kering.
  • Dalam bekas lain…pukul butter dengan gula sehingga kembang atau sehingga gula benar2 hancur
  • Panaskan oven pada suhu 160’c selama 10 minit
  • Masukkan esen vanilla diikuti dengan telur satu persatu sehingga kembang sebati
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan susu cair kemudian putar lagi sehingga bahan2 benar2 sebati dan mesra
  • Tuang adunan dalam loyang kemudian bakar dengan suhu 160’c selama 50minit
  • Tips Tambahan

    -guna kelajuan tinggi dulu untuk pukul butter dan gula sampai kembang

    -campurkan esen vanilla sekali kat telur pastu baru tuang satu persatu kat dalam mixer.

    -lengserkan loyang dengan gris tin atau butter…elakkan guna marjerin…nanti tepi kek jadi garing sangat.

    Selamat Mencuba…!!!!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN