Lembut dan gebu.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Marble Trio
Lembut dan gebu.
BAHAN-BAHAN
- 300 g mentega, pada suhu bilik
- 280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
- 1 camca teh serbuk penaik*
- 1 camca besar susu tepung* (*disatukan dan diayak)
- 5 biji telur gred A
- 250 g gula kastor
- 1 camca besar Ovallate
- 30 g Gliserin
- 20 g air
- 1/2 camca teh esev vanila
- 1/2 camca teh strawberi emulco
- 1 camca teh coklat emulco
CARA PENYEDIAAN
- Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yang telah diayak tadi. Gaul rata dengan mentega. Ketepikan.
- Dalam mangkuk yang kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.
- Menggunakan kelajuan yang tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu.
- Perlahankan kelajuan, masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga gliserin dan air. Gaul hingga rata.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dengan coklat emulco, satu lagi dengan strawberi emulco dan satu yang adunan kosong dicampur dengan esen vanila. (Perisa bergantung pada kehendak masing-masing).
- Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang-seli hingga habis.
- Bila sudah siap. Ambil penyepit (‘chopstick’) atau sudu (gunakan tangkainya). Buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi. Jangan terlebih pusing, cukup sekadar 3 – 4 kali pusingan.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 – 45 minit, bergantung pada oven masing-masing. Jika selepas 45 minit dan apabila dicucuk dengan lidi satu di bahagian tengah-tengah kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dengan tudung periuk dan tambah masa membakar 5 – 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan “tudung periuk” ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.